Wednesday 31 October 2012

Untuk Orang Putus Cinta


Petang hari ni, pukul 5, hujan dah turun. Bagi aku, langsung tak seronok hujan pada masa ini. Terus bosan datang melanda. Jalan sana sini, buat itu ini, semuanya tak seronok. Kerana kebiasaanya pada masa ini lah, masa bagi aku dan kawan-kawan untuk keluar main bola tampar, atau badminton, atau bola keranjang. Kadang-kadang tiada kawan pun jadi juga aku turun main, main dengan lelaki pun jadi, yang penting, puas. Walaupun malu tak terkata tapi yang penting jiwa hendak bermain. Ha ha.

Seperti yang aku kata tadi, petang hari ini tadi hujan, hm, terus kebiasaan aku berubah. Untuk menenangkan jiwa yang lain macam ini, aku tidur. Tidur yang sungguh tidak nyenyak. Mungkin sebab aku tidak biasa tidur pada masa ini.

Kalau satu tabiat sudah menjadi kebiasaan, memang itu lah yang akan melengkapkan hari kita. Terus aku teringat dengan masa aku sekolah menengah dulu. Zaman cinta monyet. Ha ha. Tapi pada masa itu, kita tidak mahu mengaku bahawa cinta yang kita alami itu sebenarnya adalah cinta monyet. Sehinggalah ketika putus cinta, kecewa nak mampus, hati rasa macam kena tumbuk sehingga berdarah (hebat juga perumpamaan aku). Lepas itu, boleh pula lukis kat buku-buku atau atas meja, gambar hati dipisah dua. Lucu. Begitu hebat zaman percintaan dulu. Ha ha.

Wallpaper handphone aku dulu ketika putus cinta. Ha ha.

Tapi sebenarnya, bagi aku, kenapa aku kecewa sangat adalah kerana kebiasaan selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan bercinta sudah berubah. Kalau dulu, aku akan jadi tidak menentu kalau tiba-tiba dia tidak membalas mesej aku, sebab biasanya dia akan balas mesej aku, kemudian terus aku syak dia ada perempuan lain, cemburu tak menentu. Namun kebiasaan yang paling utama adalah hati dah terbiasa menyayangi dia, merindui dia. dan yang paling penting untuk perempuan, kebiasaan dia menemani kita. 

Semasa bercinta, aku takut jika hubungan terputus kerana merasa dia lah segala-galanya, tetapi akhirnya apabila terputus juga hubungan, sebab dia ada perempuan lain (perkara biasa sebab putus cinta), terus hati rasa sunyi, sebab kebiasaanya dia ada, tetapi kemudian dia tiada.

Tapi, kemudian lama-lama, biasa dah hidup tanpa dia. Kerana lepas putus cinta biasanya, biasanya akan diberi motivasi oleh kawan-kawan. Paling aku suka motivasi oleh mak aku dan adik aku. Kemudian, aku akan ingat, 'Ada orang lebih menyayangi aku dari dia'. Jadi, hidup mesti diteruskan. Banyak lagi perkara di luar yang menanti kita.

p/s: Kalau berani bercinta, kena berani juga untuk menghadapi apa-apa kemungkinan.

Friday 26 October 2012

Perempuan Yang Bahagia


Perempuan yang bahagia bukanlah perempuan yang tidak pernah kecewa. Tetap perempuan yang bahagia adalah perempuan yang tahu makna kecewa dan duka. Bagaimana kita mahu makna bahagia sekiranya tidak tahu makna kecewa dan duka? Sama sahaja seperti rasa tawar dan masin. Bagaimana kita mahu tahu makna rasa tawar sekiranya kita tidak pernah merasai masinnya garam?

(Encik Zahid Hamidi dalam Diari Mat Despatch-Naluri Ayah, 2012)

Thursday 25 October 2012

Semakin Kita Sayang


Semakin kita sayang kepada seseorang, semakin tinggi harapan, dan semakin tinggi harapan, semakin mudah pula kecewa. Kesimpulannya, semakin kita sayang orang itu, semakin mudah kita berkecil hati.


(Abdul Salam dalam Diari Mat Despatch-Hati Emak, 2011)

p/s: Kata Rayyan: Sekiranya menyayangi seseorang, sayangi dengan sederhana dan seadanya. Jangan melebih-lebih.

Tuesday 23 October 2012

Dunia dan Akhirat


Tiada benda untuk dikejar di dunia ini. Kerna benda di dunia ini tidak dapat dibawa ke akhirat.

Aku sedikit tersentap dengan pesanan mak aku ini. Pesanan ini diberi mak aku selepas kami berbual mengenai 'boyfriend'. Tetapi apa kena-mengena pesanan ini dengan hal 'boyfriend'? Namun, pesanan ini seolah-olah mengajar aku untuk tidak mengejar nama, pangkat dan kemewahan. Tetapi, bukankah ini yang diperlukan untuk hidup di dunia ini. Kalau tidak ada semua benda ini, dapatkah kita hidup senang di dunia ini?

Selepas aku golek-golek di atas tilam memikirkan ayat ini, barulah aku faham, benda di dunia ini, maksud aku, nama, pangkat dan kemewahan, tidak dapat membawa aku ke syurga. Begitu juga dengan cinta, sayang dan cinta macam mana pun dengan pasangan kita, tidak dapat membawa aku ke syurga, sebaliknya membuat aku alpa dan lalai dengan perasaan bahagia ketika bercinta itu.

Mungkin sebenarnya mak aku cuma mahu aku fikirkan tentang Tuhan. Kerana melalui Tuhan, barulah kita dapat masuk ke syurga.

Tetapi, kenapa mak aku perlu memberi pesanan yang membuat aku bingung memikirkannya? 


Pesan Mak

Tiada benda untuk dikejar di dunia ini. Kerna benda di dunia ini tidak dapat dibawa ke akhirat.

Apabila bertelefon dengan mak aku, dan tiba-tiba wujud soal 'boyfriend', mak aku akan berpesan, 'Jangan difikirkan sangat soal cinta, kau masih bersekolah, mak tak harap kau kawin awal, tak kawin pun xpa, lagi mak suka'.

Aku faham maksud mak aku, mungkin dia tidak mahu aku terseksa dengan cinta atau alam perkahwinan, kerana khuatir aku tidak bahagia dengan lelaki yang dikahwini, atau mungkin dia mengharapkan aku untuk tidak mengejar sangat perkara di  dunia ini atau cinta di dunia ini dan serahkan hidup untuk melayani Tuhan. Tetapi, aku rasa, yang paling betul adalah tidak mahu aku terseksa dengan cinta. Macam mana mak aku tahu aku kini dalam dilema percintaan? Iaitu antara cinta atau agama?

Tetapi sampai bila aku harus merahsiakan satu rahsia ini, aku cuma takut kecewakan hati ibu bapa ku, kerana  meraka sangat menaruh harapan pada aku yang kerdil ini

Aku sayangkan dia, tetapi aku tidak sanggup korbankan kepercayaan ku.

Cinta dan Nafsu


Iblis memperdaya lelaki melalui mata lelaki itu sendiri. Apabila lelaki tidak menjaga pandangannya daripada melihat perempuan yang cantik, iblis akan menerbitkan satu perasaan dalam hatinya. Perasaan yang pada mulanya digelar cinta, namun ia sebenarnya nafsu.

(Ustaz Kadir dalam Diari Mat Despatch, 2010)


Pic from:

Hidup Ini #2


Hidup umpama jalan, ia bukan sesuatu yang dikejar tetapi hidup adalah sesuatu yang dilalui.Jadi tidak perlu terkejar-kejar kerana lambat atau cepat, pasti kita melalui juga jalan itu.

(Pak Cik Abdul Razak dalam Diari Mat Despatch, 2010)

Pic from:

Hidup Ini #1


Hidup ini jangan dianggap satu perjuangan kerana perjuangan tu menuntut menang dan kalah. Anggap hidup ini sebagai satu proses kerana proses adalah berkenaan dengan mencuba dan terus mencuba.

(Pak Cik Abdul Razak dalam Diari Mat Despatch, 2010)

Sunday 7 October 2012

Orang Alim Yang Diperangkap Setan

Setan tidak mengajak orang alim dan orang yang percaya meninggalkan sembahyang. Sebaliknya setan berusaha menghasut supaya di dalam hati mereka timbul perasaan riak, ujud atau menunjuk-nunjuk, sombong dan angkuh. Setan berusaha menjadikan golongan agama berasa hebat dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya dan amal ibadah yang dilakukannya. Dengan itu, mereka akan berasa bangga diri, suka berlagak dan berpura-pura.

(Ann Wan Seng, 2011)