Tuesday 22 January 2013

Can't Stop Loving?



Kadang-kadang kita dapat merasa bahawa hubungan itu tidak dapat diteruskan, tetapi kita teruskan juga, kerana apa?

Kerana kita cinta. Kerana kita tidak sanggup melepaskan. Kerana kita rasa kita masih memerlukan dia. Jika anda adalah salah satu daripada orang itu, then you have a strong heart.

Mak aku selalu berpesan, 'Jangan sakitkan hati orang lain. Jadi, janganlah kita yang putuskan orang itu, sakit mana pun, tahanlah, kerana dia akan juga mencari masa yang sesuai untuk putuskan anda.'

So. Be Brave! Be strong!

Monday 21 January 2013

Cinta Itu Tidak Dapat Dikikis



Ada orang tengah jatuh cinta? Atau bercinta? Orang jatuh cinta dan orang yang bercinta adalah berbeza. Maksudnya, yang jatuh cinta hanya mencintai. Tetapi bercinta adalah mencintai dan dicintai. Untuk orang yang tengah bercinta, bersyukur lah kerana hati sentiasa berbunga-bunga walaupun kadang-kadang ada angin yang meniup yang membuat hubungan goyah. Tetapi itu cuma sementara.

Dalam diam-diam, pasti ada juga orang yang mencintai seseorang tanpa si dia ketahui. Kadang-kadang, pasti akan ada rasa hendak mengalah dan biarkan rasa cinta itu terkubur kerana memikirkan mustahil untuk bersama. Tetapi, perasaan cinta itu tidak dapat dikikis, pasti ada di dalam hati kerana tanpa kita sedari, kita sudah menanam perasaan cinta itu. Untuk hal ini, ada dua pilihan. Berterus terang atau biarkan. Kalau aku, aku biarkan, kerana pasti Tuhan akan merancang sesuatu untuk kita kan? Jadi, walaupun ada rasa cinta, biarkan di dalam hati, akan datang jejaka yang tepat yang untuk menyiram cinta kita di dalam hati. Mungkin jejaka itu adalah si dia, tetapi kalau bukan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan Tuhan untuk kita. Pasti ada sebabnya.

Jangan takut jatuh dalam percintaan. Kerana selepas jatuh, baru kita tahu bangkit semula dan berjalan semula. Tuhan sentiasa ada untuk membantu. Cinta dengan ikhlas, bukan nafsu. 

Spread The Love. Peace.


Friday 18 January 2013

Azam: Lost And Found



Ini bukan entri mengenai barang sesiapa yang hilang dan dijumpai di mana-mana. 

Dari dulu lagi, aku tidak pernah ada niat nak buat azam tahun baru. Tahun baru dan azam memang sangat sinonim. Tetapi, aku hanya akan ada azam misalnya jika aku dah jatuh lubang. Lepas jatuh lubang baru aku akan berazam seperti, hati-hati ketika berjalan. Atau balik dari kelas meredah hujan. Kemudian azam aku berbunyi, bawa payung sebelum hujan. Walaupun bawa payung nampak macam skema tetapi di dalam beg aku sentiasa ada payung kontot. Baiklah. Balik kepada cerita Lost and Found, membuat azam adalah umpama mencari-cari apa yang kurang dalam diri dan setelah menjumpai kekurangan, baru reti buat azam. Misalnya, apabila aku mencari kekurangan dalam layanan aku terhadap keluarga, baru aku sedar aku jarang balik Sarawak walaupun aku banyak cuti, jadi azam aku adalah jimat duit sebaik mungkin supaya dapat balik Sarawak selalu dan berjumpa dengan ahli keluarga. Aku tau, walaupun mak bapa tak cakap, tetapi mereka pasti terasa kalau aku terlalu lama tak jenguk mereka.

Jadi, setelah sekian lama, baru aku sedar, azam bukan hanya pada tahun baru, tetapi tiap hari. Jadi tiap hari aku kena periksa diri dan membaiki kekurangan diri dengan azam. Sebab dengan azam, baru bermotivasi untuk melalui hari dengan lebih baik.

Sekian sahaja dari aku. Semoga kalian bersemangat untuk membuat azam selalu. Have a good life (:

Saturday 12 January 2013

Sebelum Masa Meninggalkan

Masa berlalu dan meningggalkan banyak memori. Kita tidak akan tahu bila kita akan kehilangan orang yang kita sayang dan orang yang sayang kita. Lebih misteri lagi, kita tidak akan tahu bila kita sendiri yang akan pergi.

Jadi, aku harap aku dapat hidup dengan cara menghargai orang di sekeliling aku sebelum masa meninggalkan aku.

Friday 11 January 2013

Orang yang tidak menepati janjinya bagaikan awan dan angin yang tidak membawa hujan.