Thursday 14 March 2013

Ekstrem

Undang-undang. Perlembagaan. 

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Malaysia. Tetapi, ianya masih boleh dipinda oleh parlimen mengikut suara majoriti ahli dewan.

Namun, adakah rakyat Malaysia berani menyuarakan suara untuk membawa perubahan kepada perlembagaan negara kita. Dan, adakah ahli parlimen bersedia mendengar suara rakyat dan bawanya kepada parlimen.

Perlembagaan adalah undang-undang yang bermula berkuasa pada 31 Ogos 1957. Tetapi, adakah semua perkara yang termaktub di  dalam perlembagaan itu masih relevan untuk diguna pakai pada zaman sekarang? 56 tahun. Dulu tanah Melayu, sekarang Malaysia. 56 tahun. Keadaan berubah. Mentaliti berubah. Penduduk berubah.

Demokrasi. Dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat. Ianya bermakna di negara Malaysia, rakyat adalah suara yang paling berkuasa kerana Malaysia adalah negara demokrasi. Tetapi, adakah benar rakyat mempunyai kuasa seperti dalam definisi demokrasi? 

Ada isu yang paling bahaya untuk diutarakan, Isu yang pernah membawa kepada rusuhan kaum. Sekiranya orang itu adalah bersifat perkauman. Mempertahankan hanya kaum sendiri. Tidak memikirkan kaum lain. Orang itu sempit. Orang itu bukan orang Malaysia. Dan semua orang Malaysia bukan orang Malaysia jika mereka tidak menerima kaum lain. Yang membentuk Malaysia bukan satu kaum sahaja, tetapi semua kaum. Yang menyumbang kepada ekonomi bukan semenanjung sahaja, tetapi Sabah Sarawak juga. 

Jika tahu undang-undang dalam perlembagaan, dan jika rakyat ada yang prihatin, pasti akan ada yang rasanya relevan untuk dipinda mengikut keadaan zaman sekarang. Tetapi, pedulikah kita? Dan, sanggupkah kita untuk berkongsi kesenangan dengan kaum lain? Jika sanggup, itu lah sifat sebenar orang Malaysia. Bukan orang Melayu. Bukan orang India. Bukan orang Cina. Bukan pribumi. Tetapi orang Malaysia.

Ada orang ekstrem tidak bertempat, tetapi isi otak bagaikan tin kosong. Laungkan slogan memaki dan marah-marah kerana mempertahankan kaum sendiri sahaja dan menyumpah orang kaum lain. Tetapi buta pasal sejarah. Buta dengan ilmu. Buta dengan hakikat perkembangan Malaysia hari ini.

Monday 4 March 2013

Prihatin: Sabah Dan Pergolakan


Aku ada ramai kawan. Dan, antara ramai kawan, kawan aku yang paling rapat adalah budak Sabah. Terjelas kerisauan di muka dia kerana bimbang apa-apa akan terjadi terhadap keluarga dan kawan-kawan dia di situ. Walaupun dia di sini di negeri Perak, jauh daripada ancaman Kesultanan Sulu, namun, hati dia tetap risau. Aku menulis entri ini untuk dia, agar ramai orang tahu apa sebenarnya sedang berlaku dan akan berdoa bersama-sama untuk kesejahteraan negeri Sabah.

Dipetik daripada beberapa sumber untuk membuat kita sama-sama terfikir:

TM(Penulis Blog Duniacacamarba) bukanlah peminat tegar Anwar Ibrahim. Namun, usaha mengaitkan tokoh PR ini dengan pelbagai macam kejahatan dan perkara negatif amat melucukan. Beliaulah ejen Cina, ejen India, ejen Yahudi, ejen AS, ejen IMF, ejen LGBT, ejen maksiat, pengkhianat negara, dalang di balik kejadian amuk di Putrajaya, dan sekarang dikaitkan pula dengan pencerobohan lanun Sulu.

Isu fundamentalnya ialah sempadan negara longgar hingga mengancam rakyat di Sabah. Rakyat asing bebas keluar masuk walaupun negara ini dikatakan memiliki kelengkapan tentera yang hebat. Kita ada radar, kapal selam, kapal peronda dan segala macam kelengkapan yang didakwa hebat. Tanggapan itu jika pencerobohan ini tiada agenda tersembunyi. Bagaimana jika isu pencerobohan ini ada agenda tersembunyi? 

Selain isu keselamatan yang longgar, isu kebanjiran pendatang asing di Sabah bukan lagi rahsia. Malah ada yang mendakwa pendatang asing di sana sudah mencecah satu juta orang. Sebahagiannya pula diberi kad pengenalan untuk mengundi parti pemerintah. Hal ini didedahkan di sini.

Rakyat bukan bodoh dan mudah diperkotak-katikkan dengan lontaran tuduhan yang sukar diterima akal. Cuba baca komen pembaca sinar di sini.

Logiknya, PM sepatutnya menyiasat bagaimana penceroboh itu masuk secara beramai-ramai ke Sabah dengan mudah, apakah sistem risikan dan keselamatan kita gagal,  mengapa kawasan penceroboh dikepung tetapi tiada tindakan diambil untuk menangkap atau menghapuskan mereka, mengapa membiarkan penceroboh berada di Sabah sejak 9 Februari, mengapa tindakan dan strategi keselamatan kita amat lemah sehingga  mengorbankan anggota polis, mengapakah pasukan polis boleh terpedaya dengan taktik perang gerila lanun Sulu...dll!

Jika benar pencerobohan lanun Sulu ini tiada kaitan dengan konspirasi dan seumpamanya, wajarkah seorang PM menggunakan isu ini sebagai modal untuk menagih undi dalam pilihan raya akan datang. Bukan Anwar yang dipertanggungjawabkan sebagai PM tatkala negara diserang lanun Sulu, bukan Anwar yang memegang tanggungjawab mengarahkan pasukan keselamatan mengawal dan menjaga sempadan negara, bukan Anwar yang merencanakan projek IC yang kini mengancam kesejahteraan orang Sabah.


Sabah sedang bergolak, di mana PM kita sekarang? Berkempen? Sibuk dengan BR1M? Sibuk memanipulasi kenyataan Tian Chua?

Walau bagaimanapun laporan Manila Bulletin yang mula tersebar di laman sosial sejak malam tadi amat menggemparkan. Portal itu melaporkan pengasas Moro National Liberation Front, Nur Misuari mendakwa Najib berjanji kepada Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu yang menceroboh Lahad Datu, sebuah penempatan di Sabah. 

Benarkah dakwaan Misuari? Adakah hanya penempatan, sudah tentu mereka juga diberi kerakyatan/IC?

Oleh itu, pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan tersebut kerana sehingga kini 8 orang anggota polis sudah terbunuh, manakala imej negara tercalar teruk pada peringkat antarabangsa ekoran pencerobohan yang berlaku di Sabah. Perkara ini mungkin tidak berlaku jika pihak penceroboh tidak dijanjikan sesuatu atau dipelawa datang ke Sabah.


Jika benar, maka terjawablah sebab kerajaan Malaysia mengambil masa hampir sebulan untuk berunding dengan penceroboh Sulu yang mendarat di Sabah sejak 9 Februari. Mungkin...terjawablah juga sebab polis yang mengawal situasi, bukannya anggota tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan di sempadan. Mungkin..terjawablah juga persoalan Presiden Filipina tentang kemampuan penceroboh datang ke Malaysia walaupun kos untuk berbuat demikian tinggi. Mungkin..terjawablah juga persoalan penceroboh ini datang dalam jumlah yang besar, iaitu lebih kurang 400 orang. Mungkin ...terjawablah juga ...macam-macam lagi persoalan.


Anwar Ibrahim:
“Agak aneh apabila Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan begitu lambat sekali memberikan reaksi seolah-olah wilayah Lahad Datu, Sabah itu boleh dikepong oleh tentera asing atau kelompok asing dan kita tak berupaya berbuat apa-apa.

“...kita tidak boleh tolak ansur dengan mainan politik licik yang dimainkan oleh pimpinan Umno dalam hal ini, mereka gagal mengawal keamanan, mereka gagal menyelesaikan isu ini dengan baik dan hanya mampu menyindir,” katanya.


http://duniacacamarba.blogspot.com/