Tuesday, 7 October 2014

Kawan



Salah satu kelemahan aku yang sangat tertera adalah cepat kecewa, Semakin aku sayang orang itu, semakin aku cepat kecewa. Dan kelemahan ini lah menyebabkan aku kehilangan banyak kawan.

Aku cepat rapat dengan sesiapa sahaja, sampai tahap aku sayang dan percaya gila dengan kawan aku, tapi kalau aku tahu bahawa kawan aku mengumpat aku, memburukkan aku dan paling pedih sekali menggunakan aku, perkara itu lah yang paling menghiris dan merobek robek hati aku. Padahal, benda itu adalah normal. Ada orang selalu pesan, jangan terlalu baik, dan susahkan diri untuk kawan, sebab nanti orang tu akan gunakan kau. 

Lazimnya, kalau benda tu berlaku, seharusnya, orang yang digunakan ini but 'derk' atau buat tak tahu dan terus berkawan, tetapi tidak bagi aku. Aku pernah kecewa gila babi sampai tak sanggup lagi nak rapat dengan kawan aku itu. Dan, kini, kawan aku itu sudah tidak mempedulikan aku. Tetapi, akan cari aku juga kalau ada masalah. Tapi tak pa lah. Kawan tetap kawan, cuma rapat dan tidak rapat ja. 

Jadi, sekarang ini, hargai sesiapa yang masih ada untuk aku. Dan, terima kasih kerana memberi pengajaran hidup.

Monday, 29 September 2014

Kesetiaan Yang Diuji


Berkenalan, beramah mesra, meluangkan masa dengan perempuan lain, aku diuji, dan aku masih setia.

Di saat dia tidak punya apa-apa. Kosong. Susah. Dan aku masih setia.

Namun, aku lupa, aku sudah tidak setia, tidak setia dengan Tuhan, kerana asyik dengan cinta di dunia dan tidak ingat akan tanggungjawab aku sebagai umat Dia.

Namun, Dia masih setia memberi aku kasih sayang dan setia menunggu aku balik kepada Dia.

Ya Tuhan.

Wednesday, 24 September 2014

Cinta Yang Tiada Titik



Sakitnya kalau mencintai orang itu yang belum pasti akan jadi milik kita yang sah. Tetapi, sudah menjadi diri ku untuk mencintai orang itu sepenuh hati walaupun masih samar-samar lagi.

Saturday, 28 June 2014

Bersabarlah Sayang

Setiap pagi aku bangun, akan ada rasa sakit di hati, kerna perkara pertama yang aku fikirkan adalah kamu, sehingga aku lupa perkara pertama yang seharusnya aku lakukan adalah mengucap syukur pada Tuhan kerna masih memberi aku nafas. Sampai bilakah aku dapat bertahan dengan rasa sakit ini yang tidak seharusnya ada dalam diri ini, kerna aku tahu, rasa sakit ini datang dari diri aku sendiri dan bukannya kamu.

Namun, aku tetap bertahan, berusaha untuk menghakis perasaan sakit ini, dan tidak mau memikirkan yang bukan-bukan kerna dalam cinta, 3 perkara utama yang aku harus berikan dalam hubungan kita adalah kepercayaan, kesetiaan dan kejujuran. Dan, apa yang aku tidak ada sekarang adalah kepercayaan. 

Aku berharap masih ada kesempatan dalam hubungan kita untuk aku membina kepercayaan yang pernah aku berikan. Namun, dipatah oleh aku sendiri. Terima kasih kerna masih bertahan dengan aku, dan memberi aku kasih sayang untuk menghangatkan aku yang selalu kesejukan. Bersabarlah sayang...

Aku sayangkan kamu.

Friday, 6 December 2013

Introvert



I've tried many times to get out from this zone. But. Uncomfortable. Annoyed. So, better stay this way. Life is yours. Live it with your own way. (:

p/s: eh, lamo doh kawe dop beli nobel2. dok syiok tgk anime jah.

Thursday, 5 December 2013

Backpacker

Backpaker. Menggalas beg besar, membawa peta, meneroka keindahan alam semula jadi, bangunan-bangunan klasik, mendalami sejarah, mengenali budaya, mencuba makanan tempatan. 

Umurku baru sahaja 21. Cukuplah bermula dengan mengenali tanah air sendiri. Agar nanti aku boleh menceritakan pada masyarakat di negara sana apa yang ada pada negara aku kelak sekiranya aku menjejak kaki ke negara asing.

Jangan menunjuk. Jangan sombong. Pesan pada diri sendiri. 

21 November 2014 - 26 November 2014

Saturday, 5 October 2013

How is life treating you?

Feeling lost? Feeling down? Surrender? Alone? Broken? Hurt?

These moments are the moments where motivation is needed. 

People often say that motivation doesn't last. Well, neither does bathing. That's why we recommend it daily. - 9GAG