Friday, 20 February 2015

Aku Akan Menyayangimu

Cerita cinta realiti tidak seindah cerita cinta dalam korea, dan tidak semudah itu juga, tetapi kebahagiaan dan perasaan itu mungkin sama. Seperti juga cinta kita, kita bahagia, menaruh perasaan, memasang harapan, tetapi perjalanan cinta kita tidak mudah. Akan banyak yang menguji kita. Tidak tahu menang atau kalah. Tetapi, aku mahu terus mencintai kamu. Sebab aku tahu betapa juga kamu mencintai aku.

Cuma satu. Tuhan akan memisahkan kita sekiranya itu kemahuan Dia.

Sehingga tiba waktu itu, jangan risau, aku akan menyayangi mu.

Pasrah.

Sunday, 30 November 2014

Harapan

Selama ini aku membina harapan. Harapan untuk menjadi manusia yang baik dan mengikut jalan yang benar (Agama) tetapi harapan itu semakin hari semakin pudar. Bukan kerna ia pudar sebab dicloroxkan oleh orang lain, tapi pudar kerna diri sendiri yang lalai dan leka dengan duniawi. Lalu harapan itu dilupakan. Namun, Tuhan tidak pernah  tidak mempedulikan umat Nya, lalu Ia akan terus datang dan ketuk pintu hati kita, dan memasangkan lagi harapan kita. Percaya atau tidak. Tuhan tidak pernah jemu dan sering menanti kita untuk balik kepada Nya.

Bulan Disember sudah tiba. Bermaksud aku memasang lagi harapan. Adakah aku akan lalai dan leka seperti biasa?

Thursday, 27 November 2014

Backpacking

Menangis di hati dan berair di mata melihat orang yang sebaya dan orang yang aku kenali menjejakkan kaki ke negara asing. Dan, aku di sini hanya mampu terus menjadi watak dalam angan angan yang telah aku pasang sejak aku belajar Geografi dulu.

Aku tidak mahu mencari alasan kenapa aku tidak mampu menjadi seperti mereka, tetapi hakikatnya kesempitan hidup, dan tanggungjawab aku terhadap diri sendiri adalah sebab aku terpaksa menyimpan angan angan aku ini. Tetapi, orang selalu memandang remeh akan sebab aku ini, dan melihat ianya sebagai alasan semata mata. Apa aku peduli, mereka tidak tahu apa yang aku tanggung selama ini, dan aku berpuas hati di mana aku melaburkan duit aku.

Cukuplah ida, kau hidup mengikut kemampuan, dan menjejakkan kaki ke tempat mengikut kemampuan diri sendiri.

Yang penting, angan angan ini akan aku laksanakan sebaik sahaja aku tidak menyusahkan ibu bapa aku lagi.

Minta duit dengan mak bapa, dan gunakan duit titik peluh mereka untuk mencapai kepuasan diri? Ida. Jangan.

Thursday, 30 October 2014

Hidup Ini #5

Sering kali aku cuba memahami dengan lebih lanjut apa itu erti kehidupan, anehnya hidup itu sendiri seperti cuba memberikan soalan yang sama kepada aku, "Apa ertinya kamu hidup?".

Rayyan, DIARI MAT DESPATCH.

Keinginan Yang Terhalang

Tipu kalau aku cakap tak suka duit.

Banyak banyak benda yang aku inginkan, aku paling mahu berjalan sejauh mungkin dan melihat dunia di luar sana. Senang kata, melancong. Tapi aku sedar dengan apa yang aku ada sekarang, keinginan ni aku harus simpan dalam dalam. Kerana apa? Kerana duit.

Tidak apa.

Bawa bersabar.

Akan tiba waktunya nanti.

Yang penting. Jangan menyusahkan ibu bapa.

Friday, 24 October 2014

Hidup Ini #4


Wind Of Change HD wallpaper for Standard 4:3 5:4 Fullscreen UXGA XGA SVGA QSXGA SXGA ; Wide 16:10 5:3 Widescreen WHXGA WQXGA WUXGA WXGA WGA ; HD 16:9 High Definition WQHD QWXGA 1080p 900p 720p QHD nHD ; Other 3:2 DVGA HVGA HQVGA devices ( Apple PowerBook G4 iPhone 4 3G 3GS iPod Touch ) ; Mobile VGA WVGA iPhone iPad PSP Phone - VGA QVGA Smartphone ( PocketPC GPS iPod Zune BlackBerry HTC Samsung LG Nokia Eten Asus ) WVGA WQVGA Smartphone ( HTC Samsung Sony Ericsson LG Vertu MIO ) HVGA Smartphone ( Apple iPhone iPod BlackBerry HTC Samsung Nokia ) Sony PSP Zune HD Zen ; Tablet 2 Android ;
" Kita mungkin tidak dapat merubah keadaan tetapi kita sentiasa dapat merubah diri sendiri Merubah cara kita bertindak balas terhadap keadaan. "

kredit gambar : http://wallpaperswide.com/wind_of_change-wallpapers.html 

Tuesday, 7 October 2014

Hidup Ini #3

Sikap terlalu baik hati suatu hari nanti boleh menjadi sebuah pisau yang akan mencederakan diri sendiri.