Thursday, 23 February 2017

Lelaki Itu




Dalam diam dia tahu dia ditinggalkan wanita itu, wanita yang lama bertakhta di dalam hatinya, yang dijaga seeloknya-eloknya, yang didoanya tanpa jemu kerana dia tahu, dia tidak dapat berada di samping wanita itu sebagai kekasih, lantas hanya doa yang dia panjatkan sebagai tanda betapa kasih dan rindunya kepada wanita itu.

Dan, lelaki itu, masih melihat bunga telur itu, bunga telur daripada kenduri wanita itu bersama lelaki lain.

Namun, hatinya masih rindu, wajah ayu wanita itu masih menghiasi hampir setiap mimpi lelaki itu. Masih mengharapkan wanita itu. Di sebalik wajah ceria lelaki itu dan usikan dia untuk menceriakan orang sekeliling, siapa tahu dalam diam, lelaki itu sebenarnya sunyi, dan mendambakan seorang wanita untuk menjadi peneman. Tetapi, lelaki itu memarahi diri sendiri, mengapa hatinya masih tidak terbuka untuk mencintai wanita lain.

Benarlah orang kata, cinta seorang lelaki, kalau benar-benar dia sayang, memang agung.

Semoga lelaki itu dapat berjumpa jodoh, jodoh yang akan mencintai lelaki itu lebih daripada lelaki itu mencintai wanita yang pernah singgah sebentar bertakhta di hatinya. Dan, wahai jodoh lelaki itu, peluklah hati lelaki itu dengan hangat cinta walaupun awak tahu hati itu pernah ditakhta, namun sedarlah bahawa cinta yang mampu menghangatkan kembali hati lelaki yang pernah dingin itu lebih besar kasihnya.

Image source :
http://www.midtownmarriageandfamilytherapy.com/wp-content/uploads/2013/08/sad-man60x275.jpg

Tuesday, 1 September 2015

#viva

Ya ampun Tuhan. Cuak ni cuma Tuhan ja tau. Oh Tuhan, aku mohon sangat lindungun Mu utk hamba Mu yang hina ini. Hanya padaMu ya Tuhan tmpt aku bergantung. God. Help me to face this. I trust You. Its Your plan.

Wednesday, 5 August 2015

Tuesday, 21 July 2015

Duit #1

Ada orang dalam bank masih ada rm200 tapi cakap duit dah habis.

Ada orang dalam bank cuma ada rm50 tapi cakap duit masih ada.

Nilai duit tu berbeza bagi setiap orang. Bergantung dengan orang bersyukur atau tidak.

Duit memang tak akan pernah cukup.

Lain orang lain rezeki. Lain orang lain keperluan duitnya. Jangan membanding. Jangan menghakimi.

Yang paling penting sekarang, bersyukur dengan duit masih ada, dan jangan biar duit menghalang kegembiraan dalam hati. Kegembiraan tidak datang kerana duit sahaja, tetapi hati yang bersyukur :)

Sunday, 5 July 2015

Bermimpilah

Pada saat muda, kamu bermimpi, bermimpi untuk mengelilingi dunia, bermimpi untuk mendalami keindahan laut, bermimpi untuk belajar tinggi-tinggi, bermimpi untuk mempunyai duit yang cukup biarpun tidak banyak, bermimpi untuk mempunyai lelaki yang menyayangi kamu sepenuh hati dan dibawa mengelilingi dunia.

Bermimpilah pada saat muda, kerana ia merupakan titik untuk kamu membentuk kehidupan yang kamu ingini.

Berusaha dan berdoalah dalam perjalanan menggapai mimpi kamu itu.

Sunday, 14 June 2015

Hati Yang Lembut

Kadang kadang aku benci dengan hati ini. Kerana hati ini begitu mudah tersakit, walaupun hanya menonton movie.

Aku benci juga dengan mata ini. Kerana mudah untuk menangis, walaupun hanya kerana berpisah dengan gajah.

Hati dan perasaan, nipisnya seperti kulit bawang, begitu mudah terkoyak, dan lembut, sehingga mudah digerak meskipun angin sepoi yang meniup.

Adalah mustahil untuk mengubah diri ini yang mempunyai hati dan perasaan seperti itu, namun aku telah berjumpa dengan insan yang memahami hati dan perasaan aku yang begitu mudah retak, dan memeluk aku ketika aku menangis meskipun hanya kerana perkara kecil.

Insan itu. Dapatkah kami bersama? Mustahil.

Tetapi aku percaya dengan rancangan Tuhan.

Tuesday, 14 April 2015

Aku Takut

Sayang..

Aku takut.

Sekiranya nanti kita tidak menyayangi seperti kita sekarang. Ataupun nanti ada ruang di hati awak yang akan dimasuki oleh cinta lain. Ataupun nanti aku bukan jodoh awak.

Aku takut.

Tetapi. Aku mahu berani. Berani mempertahankan awak. Dan berani menyayangi awak. Kerana dengan cinta, adalah kuasa yang lebih hebat daripada takut.