Thursday, 13 September 2018

Lupa Akan Jiwa Sendiri


Image Source : Google Image

Tekanan, rungsing dan kelekaan, sehingga lupa akan jiwa yang harus disiram.

Sejauh mana lagikah harus melangkah, untuk menyenangkan orang lain, dan terus mengorbankan kemahuan diri.

Losing His Own Soul


Image Source : Google Image

Veronica : "I don't get A Picture Of Dorian Gray. Why does everyone like him if he does bitchy things?"

Sierra : "It's Oscar Wilde's commentary on society. Basically, since Dorian looks perfect, and since they all value appearance above everything else, he kind of ends up losing his own soul."

- Sierra Burgess Is A Loser, 2018


Saturday, 19 August 2017

Kematangan

Kematangan bukan hanya memikirkan perkara-perkara yang besar, tetapi ia bermula dengan memerhatikan perkara-perkara kecil.

(Bahruddin Bekri, 2012)

Friday, 18 August 2017

Mencintai Kerana Sebab

" Kebanyakan kita tahu berkenaan sesuatu perkara tetapi kita jarang tahu sebab perkara itu terjadi. Misalnya dalam kes bunga raya, kita tahu ia bunga kebangsaan tetapi kita tidak tahu sebab apa ia dipilih menjadi bunga kebangsaan."

" Begitu juga dengan cinta. Kita tahu kita mencintai seseorang tetapi jarang kita bertanya secara jujur dalam hati kita, atas sebab apa kita mencintai seseorang itu. "

....

"Sekiranya kita tahu sebab kita mencintai seseorang, kita juga sebenarnya akan tahu bagaimana kita akan kehilangan cintanya. "

...

"Pada ketika lenyapnya sebab sebab it, lenyaplah cinta kita kepadanya. Hanya cinta kerana Allah yang kekal.

Monday, 27 February 2017

Cinta, Lihat dan Rasa


Cinta itu, bukan apa yang kita lihat, tetapi banyak pada yang kita rasa. Sehingga para pujangga berkata, kita boleh menahan mata daripada melihat benda yang kita tidak mahu, tetapi manakan mampu kita menahan hati daripada merasai rasa yang hadir.

(Bahruddien Bekri, 2014)

Cinta dan Maaf


 "Pada saat cinta kamu dibuang tidak endah, ia hilang bersama maaf kamu."


( Bahruddin Bekri, 2012)

Thursday, 23 February 2017

Lelaki Itu




Dalam diam dia tahu dia ditinggalkan wanita itu, wanita yang lama bertakhta di dalam hatinya, yang dijaga seeloknya-eloknya, yang didoanya tanpa jemu kerana dia tahu, dia tidak dapat berada di samping wanita itu sebagai kekasih, lantas hanya doa yang dia panjatkan sebagai tanda betapa kasih dan rindunya kepada wanita itu.

Dan, lelaki itu, masih melihat bunga telur itu, bunga telur daripada kenduri wanita itu bersama lelaki lain.

Namun, hatinya masih rindu, wajah ayu wanita itu masih menghiasi hampir setiap mimpi lelaki itu. Masih mengharapkan wanita itu. Di sebalik wajah ceria lelaki itu dan usikan dia untuk menceriakan orang sekeliling, siapa tahu dalam diam, lelaki itu sebenarnya sunyi, dan mendambakan seorang wanita untuk menjadi peneman. Tetapi, lelaki itu memarahi diri sendiri, mengapa hatinya masih tidak terbuka untuk mencintai wanita lain.

Benarlah orang kata, cinta seorang lelaki, kalau benar-benar dia sayang, memang agung.

Semoga lelaki itu dapat berjumpa jodoh, jodoh yang akan mencintai lelaki itu lebih daripada lelaki itu mencintai wanita yang pernah singgah sebentar bertakhta di hatinya. Dan, wahai jodoh lelaki itu, peluklah hati lelaki itu dengan hangat cinta walaupun awak tahu hati itu pernah ditakhta, namun sedarlah bahawa cinta yang mampu menghangatkan kembali hati lelaki yang pernah dingin itu lebih besar kasihnya.

Image source :
http://www.midtownmarriageandfamilytherapy.com/wp-content/uploads/2013/08/sad-man60x275.jpg

Tuesday, 1 September 2015

#viva

Ya ampun Tuhan. Cuak ni cuma Tuhan ja tau. Oh Tuhan, aku mohon sangat lindungun Mu utk hamba Mu yang hina ini. Hanya padaMu ya Tuhan tmpt aku bergantung. God. Help me to face this. I trust You. Its Your plan.

Wednesday, 5 August 2015

Tuesday, 21 July 2015

Duit #1

Ada orang dalam bank masih ada rm200 tapi cakap duit dah habis.

Ada orang dalam bank cuma ada rm50 tapi cakap duit masih ada.

Nilai duit tu berbeza bagi setiap orang. Bergantung dengan orang bersyukur atau tidak.

Duit memang tak akan pernah cukup.

Lain orang lain rezeki. Lain orang lain keperluan duitnya. Jangan membanding. Jangan menghakimi.

Yang paling penting sekarang, bersyukur dengan duit masih ada, dan jangan biar duit menghalang kegembiraan dalam hati. Kegembiraan tidak datang kerana duit sahaja, tetapi hati yang bersyukur :)

Sunday, 5 July 2015

Bermimpilah

Pada saat muda, kamu bermimpi, bermimpi untuk mengelilingi dunia, bermimpi untuk mendalami keindahan laut, bermimpi untuk belajar tinggi-tinggi, bermimpi untuk mempunyai duit yang cukup biarpun tidak banyak, bermimpi untuk mempunyai lelaki yang menyayangi kamu sepenuh hati dan dibawa mengelilingi dunia.

Bermimpilah pada saat muda, kerana ia merupakan titik untuk kamu membentuk kehidupan yang kamu ingini.

Berusaha dan berdoalah dalam perjalanan menggapai mimpi kamu itu.

Sunday, 14 June 2015

Hati Yang Lembut

Kadang kadang aku benci dengan hati ini. Kerana hati ini begitu mudah tersakit, walaupun hanya menonton movie.

Aku benci juga dengan mata ini. Kerana mudah untuk menangis, walaupun hanya kerana berpisah dengan gajah.

Hati dan perasaan, nipisnya seperti kulit bawang, begitu mudah terkoyak, dan lembut, sehingga mudah digerak meskipun angin sepoi yang meniup.

Adalah mustahil untuk mengubah diri ini yang mempunyai hati dan perasaan seperti itu, namun aku telah berjumpa dengan insan yang memahami hati dan perasaan aku yang begitu mudah retak, dan memeluk aku ketika aku menangis meskipun hanya kerana perkara kecil.

Insan itu. Dapatkah kami bersama? Mustahil.

Tetapi aku percaya dengan rancangan Tuhan.

Tuesday, 14 April 2015

Aku Takut

Sayang..

Aku takut.

Sekiranya nanti kita tidak menyayangi seperti kita sekarang. Ataupun nanti ada ruang di hati awak yang akan dimasuki oleh cinta lain. Ataupun nanti aku bukan jodoh awak.

Aku takut.

Tetapi. Aku mahu berani. Berani mempertahankan awak. Dan berani menyayangi awak. Kerana dengan cinta, adalah kuasa yang lebih hebat daripada takut.

Saturday, 28 February 2015

Kenangan Lalu

Kenangan lalu mengusik jiwa. Kadang-kadang kita akan terkenang dengan peristiwa lalu. Kadang-kadang juga kita menginginkan kasih lama. Tetapi, jangan, apa yang lepas kau harus lepaskan, simpankan dia dalam memori dan jangan usik. Kerana, kita harus lebih menghargai cinta yang hadir selepas dia, cinta yang telah membuat kita bahagia kembali dan tersenyum indah. Terima kasih dia yang muncul seperti mentari. Dan, terima kasih kerana tanpa jemu menjaga aku walaupun aku selalu merengek :3

Sunday, 22 February 2015

Sekiranya Dia Bukan Jodoh

Sejujurnya. Apabila melihat kembali foto dia, perasaan lama itu seolah-olah timbul semula. Tetapi, aku harus menghakisnya kerana aku mahu setia dengan cinta aku sekarang.

Namun, tidak kira betapa kuat pun kau bertahan dengan cinta kau sekarang, sekiranya dia bukan jodoh kau, dia akan pergi juga.

Oh Tuhan. Berilah aku petunjuk. :'(

Friday, 20 February 2015

Aku Akan Menyayangimu

Cerita cinta realiti tidak seindah cerita cinta dalam korea, dan tidak semudah itu juga, tetapi kebahagiaan dan perasaan itu mungkin sama. Seperti juga cinta kita, kita bahagia, menaruh perasaan, memasang harapan, tetapi perjalanan cinta kita tidak mudah. Akan banyak yang menguji kita. Tidak tahu menang atau kalah. Tetapi, aku mahu terus mencintai kamu. Sebab aku tahu betapa juga kamu mencintai aku.

Cuma satu. Tuhan akan memisahkan kita sekiranya itu kemahuan Dia.

Sehingga tiba waktu itu, jangan risau, aku akan menyayangi mu.

Pasrah.

Sunday, 30 November 2014

Harapan

Selama ini aku membina harapan. Harapan untuk menjadi manusia yang baik dan mengikut jalan yang benar (Agama) tetapi harapan itu semakin hari semakin pudar. Bukan kerna ia pudar sebab dicloroxkan oleh orang lain, tapi pudar kerna diri sendiri yang lalai dan leka dengan duniawi. Lalu harapan itu dilupakan. Namun, Tuhan tidak pernah  tidak mempedulikan umat Nya, lalu Ia akan terus datang dan ketuk pintu hati kita, dan memasangkan lagi harapan kita. Percaya atau tidak. Tuhan tidak pernah jemu dan sering menanti kita untuk balik kepada Nya.

Bulan Disember sudah tiba. Bermaksud aku memasang lagi harapan. Adakah aku akan lalai dan leka seperti biasa?

Thursday, 27 November 2014

Backpacking

Menangis di hati dan berair di mata melihat orang yang sebaya dan orang yang aku kenali menjejakkan kaki ke negara asing. Dan, aku di sini hanya mampu terus menjadi watak dalam angan angan yang telah aku pasang sejak aku belajar Geografi dulu.

Aku tidak mahu mencari alasan kenapa aku tidak mampu menjadi seperti mereka, tetapi hakikatnya kesempitan hidup, dan tanggungjawab aku terhadap diri sendiri adalah sebab aku terpaksa menyimpan angan angan aku ini. Tetapi, orang selalu memandang remeh akan sebab aku ini, dan melihat ianya sebagai alasan semata mata. Apa aku peduli, mereka tidak tahu apa yang aku tanggung selama ini, dan aku berpuas hati di mana aku melaburkan duit aku.

Cukuplah ida, kau hidup mengikut kemampuan, dan menjejakkan kaki ke tempat mengikut kemampuan diri sendiri.

Yang penting, angan angan ini akan aku laksanakan sebaik sahaja aku tidak menyusahkan ibu bapa aku lagi.

Minta duit dengan mak bapa, dan gunakan duit titik peluh mereka untuk mencapai kepuasan diri? Ida. Jangan.

Thursday, 30 October 2014

Hidup Ini #5

Sering kali aku cuba memahami dengan lebih lanjut apa itu erti kehidupan, anehnya hidup itu sendiri seperti cuba memberikan soalan yang sama kepada aku, "Apa ertinya kamu hidup?".

Rayyan, DIARI MAT DESPATCH.

Keinginan Yang Terhalang

Tipu kalau aku cakap tak suka duit.

Banyak banyak benda yang aku inginkan, aku paling mahu berjalan sejauh mungkin dan melihat dunia di luar sana. Senang kata, melancong. Tapi aku sedar dengan apa yang aku ada sekarang, keinginan ni aku harus simpan dalam dalam. Kerana apa? Kerana duit.

Tidak apa.

Bawa bersabar.

Akan tiba waktunya nanti.

Yang penting. Jangan menyusahkan ibu bapa.