Showing posts with label Inspirasi Hidup. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi Hidup. Show all posts

Saturday, 19 August 2017

Kematangan

Kematangan bukan hanya memikirkan perkara-perkara yang besar, tetapi ia bermula dengan memerhatikan perkara-perkara kecil.

(Bahruddin Bekri, 2012)

Friday, 18 August 2017

Mencintai Kerana Sebab

" Kebanyakan kita tahu berkenaan sesuatu perkara tetapi kita jarang tahu sebab perkara itu terjadi. Misalnya dalam kes bunga raya, kita tahu ia bunga kebangsaan tetapi kita tidak tahu sebab apa ia dipilih menjadi bunga kebangsaan."

" Begitu juga dengan cinta. Kita tahu kita mencintai seseorang tetapi jarang kita bertanya secara jujur dalam hati kita, atas sebab apa kita mencintai seseorang itu. "

....

"Sekiranya kita tahu sebab kita mencintai seseorang, kita juga sebenarnya akan tahu bagaimana kita akan kehilangan cintanya. "

...

"Pada ketika lenyapnya sebab sebab it, lenyaplah cinta kita kepadanya. Hanya cinta kerana Allah yang kekal.

Wednesday, 19 December 2012

Inspirasi Hidup: Hal Kecil


Dunia ini, semakin sibuk dengan hal agama. Berlawan untuk menunjukkan yang paling benar, yang paling berkuasa, yang paling suci, yang paling baik dan sebagainya. 

Kemudian, dunia ini juga semakin memberi ruang kepada manusia untuk hanya membicarakan tentang hal diri sahaja, mendedahkan segala-galanya tentang diri sehngga tidak bermakna lagi perkataan 'kehidupan peribadi'.

Tetapi, ada banyak hal kecil yang manusia semakin lupa, hal kecil yang membuat anda berpuas hati dan tersenyum kepada Tuhan sehingga anda lupa untuk membandingkan agama diri dengan orang lain, kerana ianya tidak perlu. 

Hal kecil. Namun, menyenangkan, iaitu menyebarkan cinta dan melakukan kebaikan. Tidak perlu kebaikan besar, namun kecil sahaja sudah mencukupi.

Ianya adalah seperti:

1. The man who comforts the old dog that saved his life


2. The Icelandic heroes who rescued sheep during a major snowstorm


 3. The bros who worked together to save a cat



4. The police officer who bought shoes for a barefoot homeless man


5. The doctor who offered free medical care after Hurricane Sandy


6. The woman who kept a homeless man dry during a downpour


Banyak lagi kebaikan yang berlaku di sekeliling kita dan anda pasti juga ada dan telah melakukanya kebaikan tanpa anda sendiri sedari. 

Baiklah. Sekian sahaja dari aku. Harap ianya memberi pembaca inspirasi untuk menjalani hidup dengan lebih bermakna. Untuk memulakannya amat senang, iaitu memberi senyuman.  Jadi, senyum la kawan (:

All these taken from: http://canyoublamelove.tumblr.com/

Sunday, 16 December 2012

Inspirasi Hidup: Air Di Dalam Gelas


Berapa banyak air di dalam gelas? 

Akan ada orang cakap ianya separuh penuh, dan ada pula yang cakap ianya separuh kosong. Ianya memberi mesej kepada kita bahawa walaupun ianya adalah perkara yang sama, tetapi orang memberi pandangan yang berbeza. 

Bagi orang yang menganggap ianya separuh kosong, dia adalah 'pessimist', ianya bermakna orang itu memandang hidup dari segi yang negatif. Dia cuma menghitung kesusahan yang dialami. Dan tidak menyedari 'good things' yang Tuhan bagi.

Berbeza pula dengan orang yang menganggapnya separuh penuh. Dia bersikap 'optimist'. Memandang semua perkara dengan positif. Menganggap semua perkara atau peristiwa mempunyai kebaikan walaupun sedikit. Tetapi bukankah ini lebih baik? Kerana dengan sikap ini, kita mampu tersenyum di atas setiap kesusahan yang menimpa, kerna yakin bahawa Tuhan sedang melihat kita.

Jadilah seperti gelas, kerna walaupun ianya telah diisi dan kemudianya kosong, ia tidak sedih, tetapi gelas tetap berasa gembiran kerana telah melakukan sesuatu untuk orang memerlukan. Iaitu memberi minum kepada orang yang dahaga.

p/s: Perkongsian daripada seorang yang amat saya hormati. Semoga Tuhan memberkati dia. (:

Wednesday, 28 November 2012

Inspirasi Hidup: Malaikat Kaca Kecil



Saya mula memikirkan tentang doa saya untuk adik saya dan bagaimana saya juga telah merayu kepada Tuhan untuk memberi nyawa kepada adik saya, tetapi doa saya tidak dimakbulkan - dia telah meninggal dunia.

Namun demikian, ketika saya duduk di sana, sambil memikirkan perkara ini, gambaran patung malaikat kaca kecil itu datang dalam fikiran saya selain beberapa cerita yang telah saya dengar mengenai kebaikan adik saya kepada orang dan saya menyedari Tuhan sudah mendengar doa saya, malah memakbulkannya sebelum saya memohon lagi -  kerana walaupun dia mungkin tidak memberikan umur yang panjang kepada adik saya, Tuhan telah memberikan kehidupan yang begitu kaya.

Orang lain mungkin hidup lebih lama daripadanya, tetapi adik saya telah menjalani kehidupan yang berbaloi -  mana satukah daripada dua kehidupan ini boleh dianggap sebagai pemberian yang lebih hebat?

Malaikat kecil itu akan meningatkan saya bahawa berkat daripada Tuhan bukanlah umur yang panjang tetapi kehidupan mendalam yang kita jalani dalam umur yang panjang itu.

(Kisah ini dipetik daripada artikel Fr Terry Burke dalam kolumnya, Benih-Benih Padi)

p/s: Setiap orang mempunyai seorang malaikat yang melindungi kita, ianya membuktikan bahawa Tuhan tidak pernah mengabaikan setiap satu daripada kita.