Monday, 29 September 2014

Kesetiaan Yang Diuji


Berkenalan, beramah mesra, meluangkan masa dengan perempuan lain, aku diuji, dan aku masih setia.

Di saat dia tidak punya apa-apa. Kosong. Susah. Dan aku masih setia.

Namun, aku lupa, aku sudah tidak setia, tidak setia dengan Tuhan, kerana asyik dengan cinta di dunia dan tidak ingat akan tanggungjawab aku sebagai umat Dia.

Namun, Dia masih setia memberi aku kasih sayang dan setia menunggu aku balik kepada Dia.

Ya Tuhan.

Wednesday, 24 September 2014

Cinta Yang Tiada Titik



Sakitnya kalau mencintai orang itu yang belum pasti akan jadi milik kita yang sah. Tetapi, sudah menjadi diri ku untuk mencintai orang itu sepenuh hati walaupun masih samar-samar lagi.