Sunday 30 November 2014

Harapan

Selama ini aku membina harapan. Harapan untuk menjadi manusia yang baik dan mengikut jalan yang benar (Agama) tetapi harapan itu semakin hari semakin pudar. Bukan kerna ia pudar sebab dicloroxkan oleh orang lain, tapi pudar kerna diri sendiri yang lalai dan leka dengan duniawi. Lalu harapan itu dilupakan. Namun, Tuhan tidak pernah  tidak mempedulikan umat Nya, lalu Ia akan terus datang dan ketuk pintu hati kita, dan memasangkan lagi harapan kita. Percaya atau tidak. Tuhan tidak pernah jemu dan sering menanti kita untuk balik kepada Nya.

Bulan Disember sudah tiba. Bermaksud aku memasang lagi harapan. Adakah aku akan lalai dan leka seperti biasa?

Thursday 27 November 2014

Backpacking

Menangis di hati dan berair di mata melihat orang yang sebaya dan orang yang aku kenali menjejakkan kaki ke negara asing. Dan, aku di sini hanya mampu terus menjadi watak dalam angan angan yang telah aku pasang sejak aku belajar Geografi dulu.

Aku tidak mahu mencari alasan kenapa aku tidak mampu menjadi seperti mereka, tetapi hakikatnya kesempitan hidup, dan tanggungjawab aku terhadap diri sendiri adalah sebab aku terpaksa menyimpan angan angan aku ini. Tetapi, orang selalu memandang remeh akan sebab aku ini, dan melihat ianya sebagai alasan semata mata. Apa aku peduli, mereka tidak tahu apa yang aku tanggung selama ini, dan aku berpuas hati di mana aku melaburkan duit aku.

Cukuplah ida, kau hidup mengikut kemampuan, dan menjejakkan kaki ke tempat mengikut kemampuan diri sendiri.

Yang penting, angan angan ini akan aku laksanakan sebaik sahaja aku tidak menyusahkan ibu bapa aku lagi.

Minta duit dengan mak bapa, dan gunakan duit titik peluh mereka untuk mencapai kepuasan diri? Ida. Jangan.