Friday 22 February 2013

Perkauman (Racist)


Gambar Hiasan Sahaja.

Kebelakangan ni, banyak isu mengenai perkauman (Racist). Sebenarnya perkauman sudah wujud dari dulu lagi. Semuanya bermula dari zaman pemerintahan British dan Jepun. Kalau kita kaji sejarah betul, masih ingat tak pasal dasar Pecah dan Perintah, dalam sejarah Tingkatan 3?

Sejak awal lagi, adalah menjadi dasar Inggeris yang tersirat bahawa mereka perlu mengekalkan hubungan baik dengan golongan istana dan aristokrat Melayu dengan cara mengekalkan institusi tradisional dan seboleh-bolehnya mengelakkan gangguan ke atas fungsi, struktur sosial dan cara hidup Bumiputera. Oleh itu, penduduk Bumiputera tidak dberi peluang dalam perkembangan ekonomi eksport, sebaliknya keutamaan diberikan kepada golongan imigran. Dan, sebab itulah British mengimport buruh asing. Jadi, pada masa itu, penduduk Melayu dibiarkan menjadi petani sara diri atau nelayan. Manakala, golongan imigran diberi kesempatan dan kemudahan dalam perkembangan perusahaan bijih, getah dan aktivtiti perniagaan. Mereka dibiarkan mengekalkan identiti dan budaya masing-masing dan tidak digalakkan berhubung secara langsung dengan kaum Bumiputera.

Dari dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule), orang Melayu pasti akan berasa tertekan dengan hidup mereka dan British memang merancang agar itu lah yang akan terjadi agar mereka dapat terus menjajah Tanah Melayu ketika itu. Jadi, adalah tidak mustahil dari dasar tulah wujudnya perasaan perkauman.

Perkauman sudah sekian lamanya wujud dan adalah mustahil untuk memadam rasa perkauman itu. Kerana jelas, walaupun kita hidup pada hari ini setelah bebas dari jajahan British, banyak dasar yang menyebabkan wujudnya perkauman dalam diri kita. Tetapi, kerana kita berada di Malaysia, setiap manusia tidak kira Cina, Melayu, India dan pribumi Sabah Sarawak, kita menyimpan perasaan perkauman itu kerana kita harus hidup bersama. Itu namanya prejudis kerana kita menyimpan perasaan itu. Dan, jika perasaan perkauman itu dilontarkan, maka wujudlah stereotaip. Dan, sekiranya stereotaip itu berlaku, pasti akan berlakunya ketidakpuasan dan wujudlah rusuhan kaum.


Oleh itu, sekiranya (termasuk aku) hendak menghakimi seseorang, jangan menghakimi dia kerana bangsa, kerana bangsa itu Tuhan yang bagi, aku dilahirkan sebagai orang Cina, kerana bapa aku Cina, kenapa bapa aku Cina? Sebab Tuhan yang tentukan. Jadi, menghakimi seseorang kerana bangsa sama erti kita menghakimi pemberian Tuhan. Tetapi, ianya sukar kan? Kerana kita memang sudah terbiasa hidup dengan keadaan itu, kerana kita tinggal di Malaysia yang dibahagikan kepada pelbagai bangsa.

Walaupun kadang-kadang aku berasa hidup ini tidak adil, tetapi hidup diteruskan juga kerana akhir nanti, semua orang akan pergi tempat yang sama, syurga atau neraka.

Jadi, untuk masa sekarang, adalah tidak rugi untuk belajar menghormati sesama manusia dan menerima kekurangan dan kelebihan yang diberi. Kerana kita berada di tanah yang sama. Tanah yang Tuhan bagi.

Peace be with you!

p/s: Semua ini adalah hasil daripada pemikiran seorang pensyarah aku yang hebat. Kebanyakan isi dalam ini adalah dari cerita Encik Azmi yang mengajar aku subjek Hubungan Etnik di Malaysia. He is a great person. Tuhan memberkati dia!


Sunday 17 February 2013

Kalau Duit Beribu-Ribu Dalam Tangan


Gambar hiasan sahaja. Dari Tumblr.

Ok. Apa yang akan dilakukan kalau duit beribu-ribu masuk dalam akaun. Rasanya ramai orang pernah merasainya. Dalam kes aku, apabila elaun masuk. Rasa masyuk untuk seminggu. Seminggu sahaja? Hm.. (-_-) 

Kalau aku, aku akan berada dalam dilema yang sangat sangat merunsingkan. Nak berbelanja tetapi takut duit habis. Dan, akhirnya, aku membuat keputusan untuk tidak beli barang baru, dan hanya beli makanan saja. Sebab tu hidup aku sederhana. Baju baru seluar baru phone baru memang tidak pernah ada semenjak semester pertama elaun masuk. Beli pun kadang-kadang apabila kawan mendesak. Yeaahhh. My friends know me. Tapi keputusannya duit tetap juga habis macam orang berbelanja. Ke mana duit aku melayang???

Jadi, points nya adalah, jangan kedekut, dan jangan merungut. Aku biasa dengar, kawan-kawan sekeling aku termasuk aku merungut apabila kena bayar ni la tu la, tapi aku lupa bukan kah elaun dibagi untuk bayar semua tu? Tetapi sebenarnya, aku kira-kira, untuk satu semester, wang dikeluarkan untuk keperluan kursus mungkin kurang RM1000, kalau lebih pun lebih sikit. Jadi, elaun lebih nak buat apa? 

Oleh itu, aku rasa, ketika kita berbelanja dan kita banyak merungut, memang akan terasa duit banyak habis. Tetapi, apa kata kita awal-awal dah plan dan set dalam minda kita, berapa duit akan hilang. Contohnya, minggu pertama elaun masuk habis RM230 untuk baju KRS, RM300 untuk lawatan, RM400 untuk tiket kapal terbang balik kampung. Jadi lepas itu, tak hairan la duit dalam ATM berkurangan. Sebab kita tahu mana duit itu pergi.

Jap. Ada satu lagi penting, Jangan lupa berbelanja untuk diri. Misalnya, beli shampoo bagus untuk rambut, beli beg untuk ganti beg yang dah uzur, beli kipas untuk laptop, beli baju baru satu untuk membuat anda berasa yakin, beli kasut untuk ganti yang rosak, makan sedap-sedap untuk belanja ular yang duduk lama dalam perut tu. Tapi, ingat, beli kerana kita memerlukan, bukan kerana kita maukan.

Jadi. Kesimpulannya, duit memang akan habis, tetapi duit boleh dicari. Jangan takut dengan duit sebab duit bukan tuan kita. Kita adalah tuan kepada duit.

Ok. Sekian saja. Dari pemikiran aku. Live well my friends!

p/s: Sebenarnya, tujuan aku tulis post ini adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri juga. Kih Kih.