Thursday 29 November 2012

Kulit dah Gelap


I used to be fairer than my sis, but when I look at this picture, I realized, kami dah terbalik. He he. Tapi tak pa, kecantikan bukan terletak pada warna kulit. Ha ha. 

Wednesday 28 November 2012

Inspirasi Hidup: Malaikat Kaca Kecil



Saya mula memikirkan tentang doa saya untuk adik saya dan bagaimana saya juga telah merayu kepada Tuhan untuk memberi nyawa kepada adik saya, tetapi doa saya tidak dimakbulkan - dia telah meninggal dunia.

Namun demikian, ketika saya duduk di sana, sambil memikirkan perkara ini, gambaran patung malaikat kaca kecil itu datang dalam fikiran saya selain beberapa cerita yang telah saya dengar mengenai kebaikan adik saya kepada orang dan saya menyedari Tuhan sudah mendengar doa saya, malah memakbulkannya sebelum saya memohon lagi -  kerana walaupun dia mungkin tidak memberikan umur yang panjang kepada adik saya, Tuhan telah memberikan kehidupan yang begitu kaya.

Orang lain mungkin hidup lebih lama daripadanya, tetapi adik saya telah menjalani kehidupan yang berbaloi -  mana satukah daripada dua kehidupan ini boleh dianggap sebagai pemberian yang lebih hebat?

Malaikat kecil itu akan meningatkan saya bahawa berkat daripada Tuhan bukanlah umur yang panjang tetapi kehidupan mendalam yang kita jalani dalam umur yang panjang itu.

(Kisah ini dipetik daripada artikel Fr Terry Burke dalam kolumnya, Benih-Benih Padi)

p/s: Setiap orang mempunyai seorang malaikat yang melindungi kita, ianya membuktikan bahawa Tuhan tidak pernah mengabaikan setiap satu daripada kita.

Thursday 22 November 2012

People Don't Change, They Grow.

Manusia tidak berubah, mereka cuma menjadi matang. 

Selalu orang cakap, 'Aku mau berubah', tidak terkecuali aku juga. Dalam kes aku, aku cakap mau berubah ketika aku putus cinta, atau ketika keputusan peperiksaan menjunam. Namun, kebiasaanya, keputusan aku menjunam kalau aku bercinta, aku sangat lemah orangnya kalau berhadapan dengan cinta dan aku rasa sangat malu untuk mengaku. Ianya adalah kelemahan bagi aku. Ianya kerana, kalau aku cinta, aku akan percaya dan memberi harapan. Namun, mujur aku sedarinya setelah aku putus cinta untuk kali terakhir pada umur aku ketika ini. 'The more you love, easier you get hurt'. 

Putus cinta tidak memerlukan anda mengubah diri anda, tetapi ianya memerlukan membuat refleksi terhadap kelemahan diri dan membetulkan diri. Aku tidak cakap ianya mudah, tetapi ianya juga tidak mustahil. Seiring dengan waktu, berbekalkan pengalaman, dan refleksi, lalui hari tanpa penyesalan dan nikmati setiap hari yang dianugerahkan Tuhan, dan secara tidak sedar, diri akan menjadi semakin matang.

Jangan takut jatuh, kerana ianya akan mengajar kita untuk berdiri.

Jadi, konkusinya, ianya adalah perubahan yang mematangkan anda. (:

Mom's Roses

My mom love gardening so much. Especially roses and hibiscus. but, lately, she also plants Chrysanthemum flowers. It is hard to plant these flowers except hibiscus, which is easy to plant because of our country weather. In our country, you can only see Chrysanthemum and roses grow beautifully at cold places like Cameron Highlands, Kundasang etc. These two flowers can also grew at usual place around us, like my home, it grows, but smaller in size and wilt easily if not be taken care properly.

Here is some of my mom's roses: 






There are still a lot of it. Maybe I show it next times. Thanks for viewing. (:

Saturday 17 November 2012

Money is Root of Every Evil

A priest told me, 'Money is root of every evil'.

Semua orang memerlukan duit, dan kebanyakan orang pasti mahu duit yang lebih. Tetapi duit juga yang menjadikan orang tamak, sombong, ego, pentingkan diri. Terlalu mengejar duit mampu menurunkan nilai seorang sahabat, kerna nilai duit adalah lebih tinggi dari nilai kawan, dan sanggup pentingkan duit dari sahabat.

Aku terfikir, siapa mampu melawan kuasa jahat duit?

Orang yang menggunakan duit untuk meringankan beban orang yang susah, menderma, tidak berbelanja lebih, dan sentiasa memberi. Merekalah dapat melawan nafsu terhadap duit.

You cannot serve both God and Money.

(This is a sharing from a priest during a mass that I attended at a church)



Thursday 1 November 2012

Disebabkan tiada Facebook


Tiba-tiba banyak kawan menghantar mesej tadi yang isi nya lebih kurang sama, iaitu 'Esok kol 8 turun main k?', 'Esok jum main kol 8', rata-rata kata kunci soalan adalah 'main' dan 'kol 8'. Mungkin kerna hujan petang semalam, jadi pagi pukul 8, maksud aku, sangat pagi pukul 8 (aku susah bangun tidur awal), kawan-kawan saling mengajak untuk turun padang bermain bola tampar.

Aku berterima kasih kepada kawan-kawan yang ajak, sebab aku tahu, info ini semua dari Facebook dan kawan-kawan sudi sebarkan info ini kepada aku dan korbankan kredit untuk mesej aku. 

Sebenarnya disebabkan ketiadaan Facebook, banyak yang aku ketinggalan.

Aku pernah ponteng kelas (tidak tahu ada kelas ganti), pakai baju warna lain daripada rakan sekelas (jadi alien), bangun awal pagi dan siap pakai baju kurung (tidak tahu kelas sudah di cancel), tidak pergi perjumpaan, dan banyak lagi..

Namun, masih ada juga ada kawan yang pernah jadi Friends di Facebook, masih juga jadi Friends di luar alam maya yang sudi mengorbankan kredit untuk mesej aku dan memberitahu perkara yang patut aku tahu.

Terima kasih Friends!

p/s: Ada kawan tanya, 'Bila nak aktivate FB balik?'. Tapi aku tak tahu nak jawab apa. (~_~)