Tuesday 21 July 2015

Duit #1

Ada orang dalam bank masih ada rm200 tapi cakap duit dah habis.

Ada orang dalam bank cuma ada rm50 tapi cakap duit masih ada.

Nilai duit tu berbeza bagi setiap orang. Bergantung dengan orang bersyukur atau tidak.

Duit memang tak akan pernah cukup.

Lain orang lain rezeki. Lain orang lain keperluan duitnya. Jangan membanding. Jangan menghakimi.

Yang paling penting sekarang, bersyukur dengan duit masih ada, dan jangan biar duit menghalang kegembiraan dalam hati. Kegembiraan tidak datang kerana duit sahaja, tetapi hati yang bersyukur :)

Sunday 5 July 2015

Bermimpilah

Pada saat muda, kamu bermimpi, bermimpi untuk mengelilingi dunia, bermimpi untuk mendalami keindahan laut, bermimpi untuk belajar tinggi-tinggi, bermimpi untuk mempunyai duit yang cukup biarpun tidak banyak, bermimpi untuk mempunyai lelaki yang menyayangi kamu sepenuh hati dan dibawa mengelilingi dunia.

Bermimpilah pada saat muda, kerana ia merupakan titik untuk kamu membentuk kehidupan yang kamu ingini.

Berusaha dan berdoalah dalam perjalanan menggapai mimpi kamu itu.