Tiba-tiba banyak kawan menghantar mesej tadi yang isi nya lebih kurang sama, iaitu 'Esok kol 8 turun main k?', 'Esok jum main kol 8', rata-rata kata kunci soalan adalah 'main' dan 'kol 8'. Mungkin kerna hujan petang semalam, jadi pagi pukul 8, maksud aku, sangat pagi pukul 8 (aku susah bangun tidur awal), kawan-kawan saling mengajak untuk turun padang bermain bola tampar.
Aku berterima kasih kepada kawan-kawan yang ajak, sebab aku tahu, info ini semua dari Facebook dan kawan-kawan sudi sebarkan info ini kepada aku dan korbankan kredit untuk mesej aku.
Sebenarnya disebabkan ketiadaan Facebook, banyak yang aku ketinggalan.
Aku pernah ponteng kelas (tidak tahu ada kelas ganti), pakai baju warna lain daripada rakan sekelas (jadi alien), bangun awal pagi dan siap pakai baju kurung (tidak tahu kelas sudah di cancel), tidak pergi perjumpaan, dan banyak lagi..
Namun, masih ada juga ada kawan yang pernah jadi Friends di Facebook, masih juga jadi Friends di luar alam maya yang sudi mengorbankan kredit untuk mesej aku dan memberitahu perkara yang patut aku tahu.
Terima kasih Friends!
p/s: Ada kawan tanya, 'Bila nak aktivate FB balik?'. Tapi aku tak tahu nak jawab apa. (~_~)
No comments:
Post a Comment