Gambar Hiasan Sahaja.
Kebelakangan ni, banyak isu mengenai perkauman (Racist). Sebenarnya perkauman sudah wujud dari dulu lagi. Semuanya bermula dari zaman pemerintahan British dan Jepun. Kalau kita kaji sejarah betul, masih ingat tak pasal dasar Pecah dan Perintah, dalam sejarah Tingkatan 3?
Sejak awal lagi, adalah menjadi dasar Inggeris yang tersirat bahawa mereka perlu mengekalkan hubungan baik dengan golongan istana dan aristokrat Melayu dengan cara mengekalkan institusi tradisional dan seboleh-bolehnya mengelakkan gangguan ke atas fungsi, struktur sosial dan cara hidup Bumiputera. Oleh itu, penduduk Bumiputera tidak dberi peluang dalam perkembangan ekonomi eksport, sebaliknya keutamaan diberikan kepada golongan imigran. Dan, sebab itulah British mengimport buruh asing. Jadi, pada masa itu, penduduk Melayu dibiarkan menjadi petani sara diri atau nelayan. Manakala, golongan imigran diberi kesempatan dan kemudahan dalam perkembangan perusahaan bijih, getah dan aktivtiti perniagaan. Mereka dibiarkan mengekalkan identiti dan budaya masing-masing dan tidak digalakkan berhubung secara langsung dengan kaum Bumiputera.
Dari dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule), orang Melayu pasti akan berasa tertekan dengan hidup mereka dan British memang merancang agar itu lah yang akan terjadi agar mereka dapat terus menjajah Tanah Melayu ketika itu. Jadi, adalah tidak mustahil dari dasar tulah wujudnya perasaan perkauman.
Perkauman sudah sekian lamanya wujud dan adalah mustahil untuk memadam rasa perkauman itu. Kerana jelas, walaupun kita hidup pada hari ini setelah bebas dari jajahan British, banyak dasar yang menyebabkan wujudnya perkauman dalam diri kita. Tetapi, kerana kita berada di Malaysia, setiap manusia tidak kira Cina, Melayu, India dan pribumi Sabah Sarawak, kita menyimpan perasaan perkauman itu kerana kita harus hidup bersama. Itu namanya prejudis kerana kita menyimpan perasaan itu. Dan, jika perasaan perkauman itu dilontarkan, maka wujudlah stereotaip. Dan, sekiranya stereotaip itu berlaku, pasti akan berlakunya ketidakpuasan dan wujudlah rusuhan kaum.
dari web thingsweforget.blogspot.com
Oleh itu, sekiranya (termasuk aku) hendak menghakimi seseorang, jangan menghakimi dia kerana bangsa, kerana bangsa itu Tuhan yang bagi, aku dilahirkan sebagai orang Cina, kerana bapa aku Cina, kenapa bapa aku Cina? Sebab Tuhan yang tentukan. Jadi, menghakimi seseorang kerana bangsa sama erti kita menghakimi pemberian Tuhan. Tetapi, ianya sukar kan? Kerana kita memang sudah terbiasa hidup dengan keadaan itu, kerana kita tinggal di Malaysia yang dibahagikan kepada pelbagai bangsa.
Walaupun kadang-kadang aku berasa hidup ini tidak adil, tetapi hidup diteruskan juga kerana akhir nanti, semua orang akan pergi tempat yang sama, syurga atau neraka.
Jadi, untuk masa sekarang, adalah tidak rugi untuk belajar menghormati sesama manusia dan menerima kekurangan dan kelebihan yang diberi. Kerana kita berada di tanah yang sama. Tanah yang Tuhan bagi.
Peace be with you!
p/s: Semua ini adalah hasil daripada pemikiran seorang pensyarah aku yang hebat. Kebanyakan isi dalam ini adalah dari cerita Encik Azmi yang mengajar aku subjek Hubungan Etnik di Malaysia. He is a great person. Tuhan memberkati dia!