Thursday 14 March 2013

Ekstrem

Undang-undang. Perlembagaan. 

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Malaysia. Tetapi, ianya masih boleh dipinda oleh parlimen mengikut suara majoriti ahli dewan.

Namun, adakah rakyat Malaysia berani menyuarakan suara untuk membawa perubahan kepada perlembagaan negara kita. Dan, adakah ahli parlimen bersedia mendengar suara rakyat dan bawanya kepada parlimen.

Perlembagaan adalah undang-undang yang bermula berkuasa pada 31 Ogos 1957. Tetapi, adakah semua perkara yang termaktub di  dalam perlembagaan itu masih relevan untuk diguna pakai pada zaman sekarang? 56 tahun. Dulu tanah Melayu, sekarang Malaysia. 56 tahun. Keadaan berubah. Mentaliti berubah. Penduduk berubah.

Demokrasi. Dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat. Ianya bermakna di negara Malaysia, rakyat adalah suara yang paling berkuasa kerana Malaysia adalah negara demokrasi. Tetapi, adakah benar rakyat mempunyai kuasa seperti dalam definisi demokrasi? 

Ada isu yang paling bahaya untuk diutarakan, Isu yang pernah membawa kepada rusuhan kaum. Sekiranya orang itu adalah bersifat perkauman. Mempertahankan hanya kaum sendiri. Tidak memikirkan kaum lain. Orang itu sempit. Orang itu bukan orang Malaysia. Dan semua orang Malaysia bukan orang Malaysia jika mereka tidak menerima kaum lain. Yang membentuk Malaysia bukan satu kaum sahaja, tetapi semua kaum. Yang menyumbang kepada ekonomi bukan semenanjung sahaja, tetapi Sabah Sarawak juga. 

Jika tahu undang-undang dalam perlembagaan, dan jika rakyat ada yang prihatin, pasti akan ada yang rasanya relevan untuk dipinda mengikut keadaan zaman sekarang. Tetapi, pedulikah kita? Dan, sanggupkah kita untuk berkongsi kesenangan dengan kaum lain? Jika sanggup, itu lah sifat sebenar orang Malaysia. Bukan orang Melayu. Bukan orang India. Bukan orang Cina. Bukan pribumi. Tetapi orang Malaysia.

Ada orang ekstrem tidak bertempat, tetapi isi otak bagaikan tin kosong. Laungkan slogan memaki dan marah-marah kerana mempertahankan kaum sendiri sahaja dan menyumpah orang kaum lain. Tetapi buta pasal sejarah. Buta dengan ilmu. Buta dengan hakikat perkembangan Malaysia hari ini.

No comments: