Tuesday 7 October 2014

Kawan



Salah satu kelemahan aku yang sangat tertera adalah cepat kecewa, Semakin aku sayang orang itu, semakin aku cepat kecewa. Dan kelemahan ini lah menyebabkan aku kehilangan banyak kawan.

Aku cepat rapat dengan sesiapa sahaja, sampai tahap aku sayang dan percaya gila dengan kawan aku, tapi kalau aku tahu bahawa kawan aku mengumpat aku, memburukkan aku dan paling pedih sekali menggunakan aku, perkara itu lah yang paling menghiris dan merobek robek hati aku. Padahal, benda itu adalah normal. Ada orang selalu pesan, jangan terlalu baik, dan susahkan diri untuk kawan, sebab nanti orang tu akan gunakan kau. 

Lazimnya, kalau benda tu berlaku, seharusnya, orang yang digunakan ini but 'derk' atau buat tak tahu dan terus berkawan, tetapi tidak bagi aku. Aku pernah kecewa gila babi sampai tak sanggup lagi nak rapat dengan kawan aku itu. Dan, kini, kawan aku itu sudah tidak mempedulikan aku. Tetapi, akan cari aku juga kalau ada masalah. Tapi tak pa lah. Kawan tetap kawan, cuma rapat dan tidak rapat ja. 

Jadi, sekarang ini, hargai sesiapa yang masih ada untuk aku. Dan, terima kasih kerana memberi pengajaran hidup.

No comments: