Selama ini aku membina harapan. Harapan untuk menjadi manusia yang baik dan mengikut jalan yang benar (Agama) tetapi harapan itu semakin hari semakin pudar. Bukan kerna ia pudar sebab dicloroxkan oleh orang lain, tapi pudar kerna diri sendiri yang lalai dan leka dengan duniawi. Lalu harapan itu dilupakan. Namun, Tuhan tidak pernah tidak mempedulikan umat Nya, lalu Ia akan terus datang dan ketuk pintu hati kita, dan memasangkan lagi harapan kita. Percaya atau tidak. Tuhan tidak pernah jemu dan sering menanti kita untuk balik kepada Nya.
Bulan Disember sudah tiba. Bermaksud aku memasang lagi harapan. Adakah aku akan lalai dan leka seperti biasa?