Tiada benda untuk dikejar di dunia ini. Kerna benda di dunia ini tidak dapat dibawa ke akhirat.
Apabila bertelefon dengan mak aku, dan tiba-tiba wujud soal 'boyfriend', mak aku akan berpesan, 'Jangan difikirkan sangat soal cinta, kau masih bersekolah, mak tak harap kau kawin awal, tak kawin pun xpa, lagi mak suka'.
Aku faham maksud mak aku, mungkin dia tidak mahu aku terseksa dengan cinta atau alam perkahwinan, kerana khuatir aku tidak bahagia dengan lelaki yang dikahwini, atau mungkin dia mengharapkan aku untuk tidak mengejar sangat perkara di dunia ini atau cinta di dunia ini dan serahkan hidup untuk melayani Tuhan. Tetapi, aku rasa, yang paling betul adalah tidak mahu aku terseksa dengan cinta. Macam mana mak aku tahu aku kini dalam dilema percintaan? Iaitu antara cinta atau agama?
Tetapi sampai bila aku harus merahsiakan satu rahsia ini, aku cuma takut kecewakan hati ibu bapa ku, kerana meraka sangat menaruh harapan pada aku yang kerdil ini
Aku sayangkan dia, tetapi aku tidak sanggup korbankan kepercayaan ku.
No comments:
Post a Comment