Wednesday 28 November 2012

Inspirasi Hidup: Malaikat Kaca Kecil



Saya mula memikirkan tentang doa saya untuk adik saya dan bagaimana saya juga telah merayu kepada Tuhan untuk memberi nyawa kepada adik saya, tetapi doa saya tidak dimakbulkan - dia telah meninggal dunia.

Namun demikian, ketika saya duduk di sana, sambil memikirkan perkara ini, gambaran patung malaikat kaca kecil itu datang dalam fikiran saya selain beberapa cerita yang telah saya dengar mengenai kebaikan adik saya kepada orang dan saya menyedari Tuhan sudah mendengar doa saya, malah memakbulkannya sebelum saya memohon lagi -  kerana walaupun dia mungkin tidak memberikan umur yang panjang kepada adik saya, Tuhan telah memberikan kehidupan yang begitu kaya.

Orang lain mungkin hidup lebih lama daripadanya, tetapi adik saya telah menjalani kehidupan yang berbaloi -  mana satukah daripada dua kehidupan ini boleh dianggap sebagai pemberian yang lebih hebat?

Malaikat kecil itu akan meningatkan saya bahawa berkat daripada Tuhan bukanlah umur yang panjang tetapi kehidupan mendalam yang kita jalani dalam umur yang panjang itu.

(Kisah ini dipetik daripada artikel Fr Terry Burke dalam kolumnya, Benih-Benih Padi)

p/s: Setiap orang mempunyai seorang malaikat yang melindungi kita, ianya membuktikan bahawa Tuhan tidak pernah mengabaikan setiap satu daripada kita.

2 comments:

Idea2Talk @ I2T said...

Inspirational story, good one..:)

Mathilda Chung said...

Thank you (: