Thursday 22 November 2012

People Don't Change, They Grow.

Manusia tidak berubah, mereka cuma menjadi matang. 

Selalu orang cakap, 'Aku mau berubah', tidak terkecuali aku juga. Dalam kes aku, aku cakap mau berubah ketika aku putus cinta, atau ketika keputusan peperiksaan menjunam. Namun, kebiasaanya, keputusan aku menjunam kalau aku bercinta, aku sangat lemah orangnya kalau berhadapan dengan cinta dan aku rasa sangat malu untuk mengaku. Ianya adalah kelemahan bagi aku. Ianya kerana, kalau aku cinta, aku akan percaya dan memberi harapan. Namun, mujur aku sedarinya setelah aku putus cinta untuk kali terakhir pada umur aku ketika ini. 'The more you love, easier you get hurt'. 

Putus cinta tidak memerlukan anda mengubah diri anda, tetapi ianya memerlukan membuat refleksi terhadap kelemahan diri dan membetulkan diri. Aku tidak cakap ianya mudah, tetapi ianya juga tidak mustahil. Seiring dengan waktu, berbekalkan pengalaman, dan refleksi, lalui hari tanpa penyesalan dan nikmati setiap hari yang dianugerahkan Tuhan, dan secara tidak sedar, diri akan menjadi semakin matang.

Jangan takut jatuh, kerana ianya akan mengajar kita untuk berdiri.

Jadi, konkusinya, ianya adalah perubahan yang mematangkan anda. (:

2 comments:

hanaahmad said...

orang berjaya bermula dengan kejatuhan, maka berbahagialah dari tiada. :)

Mathilda Chung said...

Thank you (: