Sunday 16 December 2012

Inspirasi Hidup: Air Di Dalam Gelas


Berapa banyak air di dalam gelas? 

Akan ada orang cakap ianya separuh penuh, dan ada pula yang cakap ianya separuh kosong. Ianya memberi mesej kepada kita bahawa walaupun ianya adalah perkara yang sama, tetapi orang memberi pandangan yang berbeza. 

Bagi orang yang menganggap ianya separuh kosong, dia adalah 'pessimist', ianya bermakna orang itu memandang hidup dari segi yang negatif. Dia cuma menghitung kesusahan yang dialami. Dan tidak menyedari 'good things' yang Tuhan bagi.

Berbeza pula dengan orang yang menganggapnya separuh penuh. Dia bersikap 'optimist'. Memandang semua perkara dengan positif. Menganggap semua perkara atau peristiwa mempunyai kebaikan walaupun sedikit. Tetapi bukankah ini lebih baik? Kerana dengan sikap ini, kita mampu tersenyum di atas setiap kesusahan yang menimpa, kerna yakin bahawa Tuhan sedang melihat kita.

Jadilah seperti gelas, kerna walaupun ianya telah diisi dan kemudianya kosong, ia tidak sedih, tetapi gelas tetap berasa gembiran kerana telah melakukan sesuatu untuk orang memerlukan. Iaitu memberi minum kepada orang yang dahaga.

p/s: Perkongsian daripada seorang yang amat saya hormati. Semoga Tuhan memberkati dia. (: