Friday 18 January 2013

Azam: Lost And Found



Ini bukan entri mengenai barang sesiapa yang hilang dan dijumpai di mana-mana. 

Dari dulu lagi, aku tidak pernah ada niat nak buat azam tahun baru. Tahun baru dan azam memang sangat sinonim. Tetapi, aku hanya akan ada azam misalnya jika aku dah jatuh lubang. Lepas jatuh lubang baru aku akan berazam seperti, hati-hati ketika berjalan. Atau balik dari kelas meredah hujan. Kemudian azam aku berbunyi, bawa payung sebelum hujan. Walaupun bawa payung nampak macam skema tetapi di dalam beg aku sentiasa ada payung kontot. Baiklah. Balik kepada cerita Lost and Found, membuat azam adalah umpama mencari-cari apa yang kurang dalam diri dan setelah menjumpai kekurangan, baru reti buat azam. Misalnya, apabila aku mencari kekurangan dalam layanan aku terhadap keluarga, baru aku sedar aku jarang balik Sarawak walaupun aku banyak cuti, jadi azam aku adalah jimat duit sebaik mungkin supaya dapat balik Sarawak selalu dan berjumpa dengan ahli keluarga. Aku tau, walaupun mak bapa tak cakap, tetapi mereka pasti terasa kalau aku terlalu lama tak jenguk mereka.

Jadi, setelah sekian lama, baru aku sedar, azam bukan hanya pada tahun baru, tetapi tiap hari. Jadi tiap hari aku kena periksa diri dan membaiki kekurangan diri dengan azam. Sebab dengan azam, baru bermotivasi untuk melalui hari dengan lebih baik.

Sekian sahaja dari aku. Semoga kalian bersemangat untuk membuat azam selalu. Have a good life (:

No comments: