Tuesday 18 December 2012

Perahu Kertas




Perahu Kertas. Adalah salah sebuah novel yang telah aku baca. Karya Dee, dari Indonesia dan telah diadaptasi ke dalam Bahasa Melayu oleh syarikat PTS Litera Utama. 

Aku tidak akan membuat ulasan di sini. Tetapi aku berasa sangat teruja kerna novel ini telah pun dijadikan filem. Di Indonesia, filem ini tengah hangat diperkatakan kerna ia baru sahaja ditayangkan. Dan, aku sangat berharap aku berpeluang menontonnya. Mungkin keasyikannya sama seperti ketika menonton Sang Pemimpi dan Laskar Pelangi, kerana apa yang diimaginasi ketika membaca adalah sama dengan filem.

Pada pendapat aku, tidak rugi membaca novel ini, kerna ia akan membawa anda menggembara ke dunia mereka. Cinta yang penuh konflik, pilihan dalam perjalanan hidup, kebebasan, persahabatan, kekeluargaan dan kesetiaan.

Kugy, heroin dan watak utama dalam novel ini, membuat aku lebih yakin untuk menjadi diri sendiri.

Poster Filem:


Watak Utama:



Watak utama, heroin, Kugy, dilakonkan oleh Maudy Ayunda (Dia comel). Manakala, Keenan, dilakonkan oleh Adipati Dolken (He is soooo handsome!). 
Some pictures: 






Pictures from: Google Search





2 comments:

APi said...

harus tengok ceita ni Mathilda..
walau tak seperti yang diharapkan, tapi masih ada yang indah..
eh terspoil pulak.. =)

Mathilda Chung said...

He he.. Ya APi.. Semangat ni mau tgk.. APi dah tengk ka crita ni?