Wednesday 31 October 2012

Untuk Orang Putus Cinta


Petang hari ni, pukul 5, hujan dah turun. Bagi aku, langsung tak seronok hujan pada masa ini. Terus bosan datang melanda. Jalan sana sini, buat itu ini, semuanya tak seronok. Kerana kebiasaanya pada masa ini lah, masa bagi aku dan kawan-kawan untuk keluar main bola tampar, atau badminton, atau bola keranjang. Kadang-kadang tiada kawan pun jadi juga aku turun main, main dengan lelaki pun jadi, yang penting, puas. Walaupun malu tak terkata tapi yang penting jiwa hendak bermain. Ha ha.

Seperti yang aku kata tadi, petang hari ini tadi hujan, hm, terus kebiasaan aku berubah. Untuk menenangkan jiwa yang lain macam ini, aku tidur. Tidur yang sungguh tidak nyenyak. Mungkin sebab aku tidak biasa tidur pada masa ini.

Kalau satu tabiat sudah menjadi kebiasaan, memang itu lah yang akan melengkapkan hari kita. Terus aku teringat dengan masa aku sekolah menengah dulu. Zaman cinta monyet. Ha ha. Tapi pada masa itu, kita tidak mahu mengaku bahawa cinta yang kita alami itu sebenarnya adalah cinta monyet. Sehinggalah ketika putus cinta, kecewa nak mampus, hati rasa macam kena tumbuk sehingga berdarah (hebat juga perumpamaan aku). Lepas itu, boleh pula lukis kat buku-buku atau atas meja, gambar hati dipisah dua. Lucu. Begitu hebat zaman percintaan dulu. Ha ha.

Wallpaper handphone aku dulu ketika putus cinta. Ha ha.

Tapi sebenarnya, bagi aku, kenapa aku kecewa sangat adalah kerana kebiasaan selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan bercinta sudah berubah. Kalau dulu, aku akan jadi tidak menentu kalau tiba-tiba dia tidak membalas mesej aku, sebab biasanya dia akan balas mesej aku, kemudian terus aku syak dia ada perempuan lain, cemburu tak menentu. Namun kebiasaan yang paling utama adalah hati dah terbiasa menyayangi dia, merindui dia. dan yang paling penting untuk perempuan, kebiasaan dia menemani kita. 

Semasa bercinta, aku takut jika hubungan terputus kerana merasa dia lah segala-galanya, tetapi akhirnya apabila terputus juga hubungan, sebab dia ada perempuan lain (perkara biasa sebab putus cinta), terus hati rasa sunyi, sebab kebiasaanya dia ada, tetapi kemudian dia tiada.

Tapi, kemudian lama-lama, biasa dah hidup tanpa dia. Kerana lepas putus cinta biasanya, biasanya akan diberi motivasi oleh kawan-kawan. Paling aku suka motivasi oleh mak aku dan adik aku. Kemudian, aku akan ingat, 'Ada orang lebih menyayangi aku dari dia'. Jadi, hidup mesti diteruskan. Banyak lagi perkara di luar yang menanti kita.

p/s: Kalau berani bercinta, kena berani juga untuk menghadapi apa-apa kemungkinan.

1 comment:

Jessela Chari said...

betul2... life must go on no matter what.. :)